Mengenai Kami
Kelab Graduan1 Malaysia telah ditubuhkan pada 20 Ogos 2009 di mana Kelab Graduan 1 Malaysia telah mengadakan Perjanjian Persefahaman (MOU) dengan Kementerian Belia dan Sukan. Sebenarnya idea penubuhan Kelab Graduan 1 Malaysia datangnya daripada sekumpulan graduan muda Malaysia yang tertarik dengan idea Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato’ Sri Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia. Kami berpendapat sudah sampai masanya kami mengumpul semua graduan Muda Malaysia di bawah satu bumbung tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Kami yakin untuk mencapai wawasan 2020 semua graduan perlu berganding bahu dalam satu platform. Sehingga kini keahlian Kelab Graduan 1 Malaysia berjumlah 3,000 orang.
Visi
Kelab Graduan 1 Malaysia akan memberi sumbangan yang besar kepada negara dalam melonjakkan martabat graduan muda yang berteraskan jatidiri yang menjadi pegangan kita selama ini .
Misi
Kelab Graduan 1 Malaysia akan meningkatkan kualiti graduan dengan usaha membantu mereka meningkatkan potensi diri sebagai rakyat yang produktif dan berdaya saing dalam memenuhi hasrat negara.
|